Wednesday, January 31, 2007
elloo...
hmm... lama x update blog...
maklumlah wat website....
haha...
skarang dah form 4... kna lebih serious g.. hahaha...
hmm...
k,..,
Posted at Wednesday, January 31, 2007 by Fattah
Sunday, November 05, 2006
Alopz....
Posted at Sunday, November 05, 2006 by Fattah
Saturday, April 15, 2006
Posted at Saturday, April 15, 2006 by Fattah
Friday, January 20, 2006
PUTRAJAYA, 19 Jan (Bernama) -- Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein memutuskan untuk menarik balik kebenaran para pelajar menggunakan telefon bimbit di sekolah.
Beliau berkata larangan yang berkuatkuasa serta-merta itu meliputi semua sekolah termasuk Sekolah Berasrama Penuh (SBP).
Beliau menjelaskan bahawa keputusan tersebut merupakan keputusan beliau dan bukan arahan daripada Jemaah Menteri.
"Saya telah membuat keputusan untuk menarik balik kebenaran menggunakan telefon bimbit di sekolah.
"Saya nak tekankan di sini bahawa ini bukan merupakan arahan daripada Jemaah Menteri malah, perkara ini tidak dibincangkan langsung di dalam mesyuarat Jemaah Menteri semalam," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat pasca-kabinet peringkat kementerian di sini Khamis.
Hishammuddin juga berkata berikutan penarikan balik kebenaran tersebut, Surat Pekeliling Ikhtisas Bil.11/2005 bertarikh 23 Dis 2005 yang membenarkan penggunaan telefon bimbit oleh murid sekolah, dibatalkan.
Katanya keputusan itu dibuat berikutan kebimbangan banyak pihak terutama ibu bapa dan guru yang belum bersedia membenarkan alat komunikasi itu digunakan oleh pelajar di sekolah.
"Kebimbangan datang daripada banyak pihak dan ia berbeza, ada yang berhubung kait dengan suasana sekolah dan juga daripada guru bagi memastikan garis panduan (mengenai penggunaan telefon bimbit) dipatuhi.
"Dalam keadaan sebegitu rupa, jika saya teruskan, jelas, ia tidak akan berjaya bagi memastikan garis panduan itu dipatuhi. Jika tidak mendapat sokongan majoriti, maka ia tidak akan menjadi kenyataan," katanya.
Beliau berkata surat pekeliling berhubung perkara itu akan dikeluarkan secepat mungkin.
Hishammuddin berkata sekiranya pendekatan ini akan dilaksanakan pada masa akan datang, ia akan dikaji dan diteliti dengan lebih mendalam dan akan dilakukan secara berperingkat-peringkat.
"Satu-satu caranya ialah melihat golongan pelajar dan juga aliran sekolah tertentu, yang paling mudah ialah SBP.
"Setakat ini, belum ada keputusan yang membenarkan pelajar di SBP menggunakan telefon bimbit," katanya.
Pada 12 Januari lalu, Ketua Pengarah Pelajaran Datuk Dr Ahamad Sipon mengeluarkan satu kenyataan membenarkan para pelajar menggunakan telefon bimbit di sekolah.
Kebenaran tersebut yang akan berkuatkuasa secepat mungkin tertakluk kepada syarat-syarat dalam Garis Panduan Penggunaan Telefon Bimbit Oleh Murid Sekolah yang dikeluarkan oleh Kementerian Pelajaran.
-- BERNAMA
so.... korang sume x bleh bawa hp ke skolah.... hahaha.....
Posted at Friday, January 20, 2006 by Fattah
Sunday, December 11, 2005
Seorang profesor melangkah penuh bergaya menuju ke bilik kuliahnya. Dia hendak menguji pelajarnya mengenai kelemahan diri.
Dia bertanya, "Siapa yang merasakan dirinya bodoh, sila berdiri". Semua pelajar diam. Ada yang senyum. Tidak lama kemudian, seorang pelajar bangun. Profesor berkata: "Oooh....Jadi awak mengakulah diri awak ini bodoh?" Pelajar: Bukan....sebenarnya saya tidak sanggup lihat profesor seorang saja yang berdiri!"
Posted at Sunday, December 11, 2005 by Fattah